Monday 21 May 2012

Dah Kata JANGAN, Janganlah

bez....baca jangan tak baca......sharing is caring is awesome...
Dah Kata JANGAN, Janganlah

Wednesday 25 January 2012

From SHARE MOTIVASI......----muhasabah diri,kenali peribadi----

Sahabat, datang dan pergi. Betulkah?
                                                                    Sahabat yang sejati, mencari dan dicari. Benarkah?

Manusia memang memerlukan sahabat di sampingnya. Lebih lebih lagi sahabat yang mempunyai nilai yang berharga dalam hidupnya iaitu sahabat sejati.
Mungkin kita boleh memperincikan lagi disebalik maksud 'sahabat sejati'. Sahabat sejati bukan sahaja ada disamping kita dikala suka dan duka, tapi lebih dari itu lagi.

Sahabat sejati sentiasa mendorong kita kearahNya, tidak sesekali meninggalkan kita dikala kita terhina tetapi memberikan kita kesedaran bahawa kita ini milik Tuhan.

Pernah sekali sahabat saya ditipu, di fitnah dan dicaci. Malah, sahabat-sahabat sekelilingnya meninggalkan dirinya kerana termakan dek fitnah yang berterbangan.
Tambahan pula, didoakan pula supaya sahabat saya yang difitnah itu agar hidupnya dibinasakan. MasyaAllah..

Jika kita ditempat beliau, mesti kita menjeri di hati, "dimana kesetian mu!!"
Lalu, hati mula menjadi lemah dimakan oleh suasana hitam.

Nilaikan hati kita, benarkah kita bersahabat dengan semua orang disekeliling kita kerana "ikatan persahabatan diatas tali Allah" ataupun "kepentingan hidup semata-mata".
Jangan salahkan Tuhan jika diakhirat kelak kita dihukum kerana "ikatan persahabata
n"

Ayah saya pernah berpesan, hanya ibubapa dan sahabat yang sejati sahaja yang mahu kamu berjaya dalam hidup. 

Bersyukurlah jika anda mempunyai sahabat yang betul-betul disamping anda. Sukar untuk dicari sahabat yang sebegitu. Raikan ikatan persahabatan anda. Mudah-mudahan, kurniaan Tuhan sahabat sejati kepada anda itu dapat membuatkan diri anda menjadi lebih baik dan menuju kearahNya.

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim

Tapi, bagaimana ingin mencari sahabat sejati?
Tergaru-garu kepala kita bila memikirkannya dan fikiran kita mula tergambar setiap kawan yang kita ada. Mana satu sahabat yang dikatakan sejati.
Bagi saya, cara yang paling mudah ialah perhatikan tindak tanduknya tetapi bukan menilai hatinya kerana penilaian hati hanya Allah sahaja yang tahu. Nilaikan sifatnya, adakah pernah beliau menyakiti hati anda?
Pernahkan beliau menikam anda dari belakang. 
Setelah anda berfikir, katakan kepada sahabat anda yang anda rasakan sahabat sejati itu dengan ungkapan ini.



"Aku bersahabat dengan mu kerana Allah dan bukan kerana harta dan kelebihanmu. Terima kasih kerana menjadi sahabatku"

 Ciri-ciri sahabat yang sejati
  • Jika engkau memerlukan pertolongan darinnya, dia terus menolong mu tanpa berdolak dalik
  • Jika sesuatu engkau terjatuh (musibah), dia hadir untuk meringankan bebanmu
  • Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih mudah mengalah demi menjaga tali persahabatan
  • Jika anda memberi sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menghargai perbuatan yang anda lakukan
  • Jika anda merapatkan hubungan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan anda
  • Dia sentiasa membantumu menjauhi daripada kemaksiatan dan perkara yang keji dan membantumu menunaikan perintahNya dan kebaikan
  • Dia sentiasa mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat
Ciri-ciri sahabat yang perlu kita berhati-hati atau tinggalkan
  • Sahabat yang hipokrit: Dia berkawan denganmu kerana kepentingan peribadi semata-mata dan tidak sanggup menolongmu ketika anda dalam kesusahan.
  • Sahabat yang pengampu: Dia bersetuju dalam semua perkara yang anda lakukan itu ( samada baik atau buruk). Bila berhadapan dengan anda, dia memuji dirimu,tetapi dibelakang dia mengkhianati dirimu.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah: Dia membawa anda ke kancah kemaksiatan dan menambah dosa mu didunia.
  • Sahabat yang duniawi: Dia sentiasa mengajak anda untuk 'melepak', berpesta atau ketempat yang tidak sepatutnya dan melalaikan.
  • Sahabat yang kedekut dan tamak: Dia sangat tamak untuk memberi kepadamu dan meminta banyak kepada mu. (pentingkan diri sendiri)

  Bersahabatlah kerana Allah untuk mencari keredhaanNya

Tuesday 8 November 2011

utk renungan bersama...

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah: 216)
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
Surah AlBaqarah : Ayat 286
Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”
Surah AlBaqarah : Ayat 214
“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,”
Surah AlMulk : Ayat 2
“Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka  dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.”
Hadith riwayat Muslim
“Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.”
Hadis riwayat Thobrani
“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.”
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.